Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025
Date:06 Disember 2025
Location: Dataran Putrajaya
Prestige Golf Club (PGC) berbesar hati telah dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyertai Program Rancakan MADANI yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini, melalui kolaborasi strategik bersama Rakan Muda. Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan PGC kepada golongan belia serta masyarakat umum, di samping memperkasakan sukan golf sebagai sukan rakyat yang inklusif dan mudah diakses.

Program berprestij ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim, yang turut meluangkan masa melawat ke booth PGC dan beramah mesra serta berkenalan dengan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PGC. Lawatan ini mencerminkan sokongan Kerajaan terhadap inisiatif PGC dalam pembangunan sukan dan penglibatan belia.
Kerjasama ini merupakan julung kali diadakan, menandakan komitmen PGC dalam menyokong agenda Kerajaan dan KBS untuk memperkasa budaya bersukan dalam kalangan belia dan masyarakat. Sepanjang program, booth PGC telah membuka pendaftaran keahlian secara percuma kepada orang ramai — satu inisiatif khas di mana yuran tahunan biasa sebanyak RM250 telah dikecualikan.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila hampir 100 orang berjaya mendaftar sebagai ahli PGC pada hari berkenaan, sekali gus membuktikan minat yang semakin meningkat terhadap sukan golf serta peranan PGC sebagai pemangkin pembangunan sukan yang progresif dan berteraskan komuniti.